Powered by Bravenet Bravenet Blog

saya dan family..keluarga bahagia

journal photo

Tag Board

hazlin: akum apa kbar.kepada en noor semoga terus maju
Sophia: Jadikan tahun 2008 sebagai tahun terbaik untuk melakar kejayaan cemerlang. Terus lakukan SDA. Moga kejayaan milik kita bersama. Amin.
Normala: Encik Noor, teruskan usaha dan kita lakukan sama-sama!
Normala: Salam Aidil Fitri untuk saudara sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Noor seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
Sophia: Selamat menjalani ibadah puasa buat En. Noor seisi keluarga. Moga Allah mengurniakan kita semua rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka pada bulan yang mulia ini. Amin.
Sophia: Tahniah atas usaha yang berterusan dan penuh komitmen. Keep it up and you will succeed!
Normala: Encik Nor, teruskan usaha, insyaAllah kejayaan milik kita!
Sophia: Tahniah En. Noor! Saya yakin dengan KOMITMEN yang ditunjukkan, En. Noor akan bergelar JUTAWAN MLM juga nanti!
ain norain: congratulation freinds,Teruskan segala usaha anda.Insyaalllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Segalanya bermula dari nawaitu kita. Semoga suksess dan dilimpahi rezeki yang diberkati dan menjadi USAHAWAN SEJATI. AMIN.
Sophia: En. Noor, berkat kegigihan dan usaha yang berterusan, kejayaan pasti dalam genggaman! JUST DO IT!
Normala: Sdr Mohammad Nor, teruskan promosi & ikuti sistem SST dgn betul. Duplikasi kpd rangkain. Kejayaan demi kejayaan akan muncul. Your Mentor, Pn Sophia dll leader SST sedia berkongsi pengalaman. InsyaAllah, kejayaan milik yg berusaha!
SPD Zul: En Mohammad Nor website anda telah siap www.mohammad.usahawansejati.com moga anda menjadi seorang usahawan sejati. Just follow the sistem. Good Luck
Sophia: Tahniah En. Noor kerana telah berjaya melahirkan blog sendiri! InsyaAllah ini merupakan titik permulaan dalam mencapai impian menjadi USAHAWAN SEJATI!

Please type in the four characters shown in the black box.

Wednesday, September 12th 2007

08:41:00

RAMADHAN YG MULIA MENJELMA LAGI

  • Mood: PENUH SEMANGAT

Kedatangan bulan Ramadan menandakan telah berakhirnya bulan Syaaban. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.

Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan untuk kita berpesta ibadah.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghayati kedatangan bulan ini . Apakah kelebihan bulan ini sehingga dinanti-nanti oleh sesetengah umat Islam, khususnya mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 183)




Ada beberapa peringkat orang berpuasa yang seharusnya kita beri perhatian supaya termasuk dalam golongan tingkatan puasa yang terbaik. Ini sudah diingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga saja.”

Peringatan ini jelas menunjukkan perlunya kita berpuasa seperti dikehendaki dalam Islam supaya mendapat balasan daripada Allah seterusnya menjadikan kita orang yang bertakwa.

Puasa peringkat pertama, puasa orang awam yang hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tetapi anggota pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan yang lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang bukan sahajaboleh mengurangkan pahala puasa malah boleh menghapuskan pahala puasa.
 
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 
Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.
 

Puasa peringkat kedua ialah puasa Ahlul Khusus iaitu mereka  bukan sahaja menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Tetapi mereka juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan pahala puasa iaitu menahan diri dari maksiat batin seperti mengumpat dan seumpamanya. 
 

Sabda Nabi S.A.W  yang maksudnya:
 
Lima perkara yang membatalkan pahala puas,iaitu mengumpat,bercakap bohong,batu api,sumpah bohong dan melihat dengan keinginan.

Puasa peringkat ketiga dan yang terbaik ialah puasa Ahli Khusus al-Khusus/Ahlul Ma’rifah iaitu mereka meninggalkan semua perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai daripada mengingati Allah. Segala amalan dilakukan semata-mata mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadat puasa nabi dan siddiqin dan sudah semestinya akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

Konsep asas Allah mewajibkan kita berpuasa ialah supaya kita dapat menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Menerusi amalan puasa, beberapa panduan serta larangan ketika melaksanakan ibadat puasa, akan timbul rasa syukur kepada Allah, sifat kasih sayang sesama insan, perasaan yang mendorong kita membantu sesama umat Islam lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perhatian serta keprihatinan kita.



Puasa sempurna akan dapat melahirkan insan muttaqin. Insan muttaqin ialah modal insan yang amat bernilai dan mampu berkhidmat untuk agama Allah dengan penuh penghayatan dan mereka adalah nukleus bagi pembangunan mapan sesebuah ummah.



Inilah golongan yang berjaya dilahirkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu para sahabat. Jika dilihat senario hari ini, sifat serta kriteria sahabat dulu sudah semakin terhakis kerana kehidupan hari ini berhadapan pelbagai cabaran. Ada yang gugur dengan percubaan dan ada pula berusaha gigih menghadapinya.

Ketibaan Ramadan al-Mubarak kali ini adalah kesempatan terbaik untuk sama-sama berusaha menggilap kembali semangat serta kesungguhan yang sudah tertanam kukuh dan jitu dalam jiwa sanubari golongan sahabat.



Kadang kala sikap menjadi faktor penghalang daripada dapat menjiwai tujuan puasa sebenar. Sikap sebahagian umat Islam pada Ramadan, ada yang bersungguh dalam beramal dan ada yang lalai serta alpa. Masih ada yang berpuasa hanya sebagai adat bukannya ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadat puasa.



Ada yang berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya. Mengambil ringan urusan bersahur hingga ada yang meninggalkannya sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan sahur. Malah, ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.



Ibadat solat fardu dan sunat hanya dilakukan pada Ramadan saja serta bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawih dan witir tetapi meninggalkan solat fardu yang lain. Bersungguh dalam pelaksanaan ibadat pada Ramadan termasuk membaca al-Quran untuk diri sendiri, tetapi mengabaikan pembabitan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.



Terlalu membandingkan antara imam solat tarawih sehingga sampai pada peringkat mengumpat dan menghina. Bersungguh menghidupkan ibadat hanya pada awal sehingga pertengahan Ramadan sedangkan banyak hadis menyatakan mengenai kelebihan 10 hari terakhir antaranya adanya malam lailatul qadar.

Tilawah al-Quran hanya pada Ramadan saja dan akan berakhir dengan berakhirnya Ramadan. Rajin membaca al-Quran tetapi tidak berusaha untuk memahami dan menghayati isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Bersungguh dalam melaksanakan ibadat puasa, namun masih mengabaikan kewajipan lain seperti solat, menunaikan haji, menutup aurat, menghubungkan silaturahim, menuntut ilmu, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan lain-lain lagi.

Tidak bersimpati dan mengambil berat terhadap saudara Islam yang mengalami penderitaan, kesusahan, kelaparan serta terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

Mensia-siakan fadilat atau kelebihan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadan. Masa dihabiskan dengan membuat persiapan 1 Syawal. Tidak salah untuk membuat persiapan tetapi kita akan terlepas satu masa dan ketika yang afdal melakukan ibadat.

Tidak mengambil berat mengenai zakat harta sedangkan zakat adalah ibadat yang mesti disertakan dengan solat dan melewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan supaya dikeluarkan lebih awal sebelum tiba hari raya untuk diagihkan kepada mereka yang berhak.

Meninggalkan sunat takbir hari raya kerana disibukkan dengan rancangan dan agenda lain atau sibuk melayan kerenah isteri dan anak. Amalan membazir wang ketika menyambut Aidilfitri dengan membakar mercun sedangkan itu adalah kerja tidak berfaedah boleh membawa bencana kepada diri, keluarga dan harta benda di samping membazir itu adalah suku sakat syaitan.

Ramadan ialah satu proses untuk membentuk peribadi mukmin muttaqin. Mukmin muttaqin adalah insan yang paling mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini tidak akan diperoleh melainkan usaha dan mujahadah yang tinggi.

Semoga dengan bermula Ramadan kali ini akan memantapkan keimanan kita sehinggalah Ramadan menjelang lagi.

Andainya terdapat salah dan silap saya mohon maaf,sama-samalah kita menghidupkan ramadhan,semoga ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya insyaAllah.

 

SELAMAT BERPUASA DAN MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT PUASA YANG MABRUR.

 

0 comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see